Ahad, 31 Januari 2016

Pada 21 Januari 2016, pihak sekolah telah mengadakan Hari Penetapan Target dan Aku Janji SPM 2016 di Pusat Sumber SMPKV indahpura. Seramai 17 orang calon SPM bersama guru-guru ditambah lagi dengan kehadiran 10 orang ibubapa memeriahkan lagi program ini. Program dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada Tn Hj Md Rodzi b Che Me selaku Yang Dipertua PIBG. Antara intipati ucapan YDP ialah menyeru semua ibu bapa murid-murid yang bersekolah di SMPK Vokasional Indahpura agar dapat menyumbangkan bantuan tidak kira secara fizikal mahupun spiritual kepada pihak sekolah, demi kecemerlangan anak-anak. Beliau juga mengucapkan tahnaih atas kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan ko kurikulum dan menyatakan sokongan ke atas program sekolah. Program diteruskan lagi dengan ucapan Pn Hjh Mariani Bt Md Saad sebgai Pengetua. Di dalam ucapannya, beliau memaklumkan anĂ¡lisis pencapaian murid dalam SPM tahun-tahun terdahulu. Beliau juga membentangkan program-program yang akan diadakan yang melibatkan ibu bapa, program-program peningkatan akademik yang telah dan akan dijalankan serta pelaksanaan program headcount di sekolah ini. Beliau menyatakan harapan guru-guru agar semua ibu bapa dapat membantu anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam SPM. Beliau juga memuji ibu bapa pada tahun ini kerana kehadiran yang memberangsangkan adalah kehadiran ibu bapa pada tahun ini yang mencapai KPI penglibatan ibu bapa sebanyak 50%.
Program diteruskan dengan bacaan ikrar aku janji oleh murid yang diketuai oleh Arif Amirul dan Muhammad Najwan. Kemudian, ibu bapa juga membaca ikrar untuk menyokong segala program sekolah dengan diketuai oleh Yang Dipertua PIBG. Seterusnya bacaan ikrar oleh  guru-guru yang diketuai oleh En Mohd Norazam. Program diakhiri dengan sesi perbincangan guru-guru bersama ibu bapa dan penetapan taeget murid untuk SPM 2016. Sebagai tanda bersurai, semua ibu bapa menikmati jamuan makan di kantin sekolah.


Ahad, 12 Julai 2015

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) 2015

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) 2015










PROGRAM/ AKTIVITI PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI (PIBK), SEKTOR SWASTA TAHUN 2015



Description: Logo sekolah.jpg
SMPK VOKASIONAL INDAHPURA


BIL
AKTIVITI
IBU BAPA, KOMUNITI, SWASTA

1.
Sambutan Maulidurrasul SMPKVIP 2015
Ibu Bapa

2.
Program Motivasi Murid Pendengaran bersama PESIBA (7 Febuari 2015)

PIBG, Alumni & NGO
3.
Hari Penetapan Target SPM (24 Febuari 2015)

Ibu Bapa
4.
Majlis Hi-Tea 2015

Ibu Bapa, Alumni, Komuniti,
Sektor Swasta

5.
Program Lawatan Pegawai Daerah dan MPPG sempena Festival Layang-Layang Sedunia 2015
(1 April 2015)
Komuniti
-    Majlis Daerah Kulaijaya
-    Majlis Perbandaran Pasir Gudang

6.
Minggu Kesedaran Kesihatan, Keselamatan & Kebersihan Bersama Agensi Luar
(12- 16 April 2015)
Komuniti
-  Unit Promosi Kesihatan
   Johor
-  Universiti Teknologi  
   Malaysia
-  Polis DiRaja Malaysia
-  Bomba & Penyelamat  
   Bandar Putra
-  Perbadanan Taman
   Negara Johor
-  Majlis Perbandaran
   Kulaijaya
-  Jabatan Pengangkutan
   Jalanraya
-  Jabatan Belia Dan Sukan

7.
Program Khidmat Masyarakat
(21 Mei 2015)



Komuniti
-  Zoo Johor


8.
Pemeriksaan Gigi Berkala
(Jun- Julai 2015)
Komuniti
-    Klinik Kesihatan Pergigian Kulaijaya

9.
Jemputan ke Majlis Iftar Perdana ‘Semakin Dekat Semakin Sayang’ di Le Grandeur Palm Resort Johor
(26 un 2015)

Sektor Swasta
-    Hotel Le Grandeur
-    Bank Muamalat
-    IKRAM

10.
Jemputan ke Majlis Nuzul Quran Dan Berbuka Puasa Bersama Anak-anak OKU di Masjid Al Mukminin, Jalan Cengal, Bandar Putra
(5 Julai 2015)

Komuniti
-    AJK Masjid Al Mukminin


DATA KEHADIRAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI SEKOLAH



Description: Logo sekolah.jpg

SMPK VOKASIONAL INDAHPURA



BIL

AKTIVITI

TARIKH
KEHADIRAN

% KEHADIRAN
BIL HADIR
BIL PATUT HADIR

1.
Hari Pendaftaran Tingkatan 4

12 Januari 2015
76 orang
125 orang
61%
2.
Program Motivasi Murid Pendengaran bersama PESIBA

7 Feb 2015
2 orang
10 orang
20%
3.
Hari Penetapan Target SPM

24 Febuari 2015
6 orang
10 orang
60%
4.
Hari Terbuka/ Pelaporan





5.
Mesyuarat Agung PIBG

12 Mac 2015
58 orang
187 orang
31%
6.
Hari Anugerah Kecemerlangan

12 Mac 2015
3 orang
5 orang
60%
7.
Majlis Hi Tea anjuran PIBG

12 Mac 2015
150 orang
-
8.
Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke 11

2 April 2015
3 orang
60 orang
5%
9.
Program Khatam Al Quran dan Iftar Qubra





10.






11.






12.








6 aktiviti utama sekolah